Sunday, March 27, 2011

Tips menjimatkan ruang


السلام عليكم

Hari ni terasa nak berkongsi tips plak kan...muehehe..
Sebenarnya..i da rimas dengan keadaan baju2 didalam bakul baju.
Skang ni selalu sangat dok shopping baju baru kan...sampai bakul simpanan baju i pon melimpah ruah. Jenuh gak la i memikirkn mana nk letak baju2 i ni.
Teringin nak beli almari baju, tp disebabkn i dok menumpang kat rumah abg i, so...terasa segan plak nk beli almari baju..pastu letak dlm bilik i yg dikongsi dengan anak buah i ni.

Final decision, i beli rak buku! haaa...sgt best. so, i bley lipat sume baju i...dan susun elok2 dalam rak buku ni. Tersangat menjimatkn ruang. ye la kan...rak buku kan tak selebar almari baju. i mmg tak suka jenis almari baju canvas tu. sbb i tau...tak berapa nk tahan sgt. lagi pon...mmg memudahkan la bila guna rak buku mcm ni. i bley nmpk sume baju2 i. so, tak de la i asyik ulang pakai baju yg sama kan? nak amik baju pon lebih mudah, sbb i da susun ikut jenis baju. Bertambah happy, bila kak ipar i pon suke dgn keadaan bilik i skang ni. dia ckp, nampak lebih luas.

Sejuk je mata memandang rak buku yg telah di transform jadi almari baju ni. keh2. Ape la i ni, masuk bakul angkat sendiri plak.


2 comments:

Martuis.Martapau said...

Ha ha ha Totoro-kun...

DedOllY said...

totoro-kun ni x bernyawa.
huhuhu...misai pon da gugur. tua da totoro ni.